Blogger Templates

Tuesday 15 November 2011

Panas baran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan?Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji.Apakah perbezaan panas baran dengan tegas?Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa?Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.
Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.
Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu." Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.
Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh jita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.
Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan?Jadi salah satu cara hendak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. Ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah ayat 88.
Jadilah kita antara orang-orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya.Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.
Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.

Dua benda yang dipohon olehnya iaitu agar diberi kekuatan untuk menegur suami dan dilembutkan hati suami.Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepada-Nya.Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah. Semua manusia diuji.
Cucu Rasulullah S.A.W iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki, dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri. Beliau hanya diam mendengar cacian mereka. Bayangkan betapa sabarnya Husin ini.
Jika kita melaluinya, bagaimana?Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri?Tepuk dada, tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya-Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.
Jika ada di antara kita ini ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah Islam dengan baik.
Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat Islam dan bukan memusnahkan kerana jika bicara kita jernih bak air zam-zam, maka jernihlah ia.
Tetapi jika keruh bak kopi, maka keruhlah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.

credit to : IluvIslam

Kelebihan Ayatul Kursi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"In the name of Allah the most compassionate the most compassioner"


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  •          Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

credit to: psittacula.wordpress

Menginstallkan iman akibat Virus merah jambu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

credit to:i  luv Islam

Saturday 5 November 2011

TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN AL-WAJDI

Kepada semua AJK Masjid dan Surau serta orang perseorangan yang mempunyai Al-Quran lama, buruk atau sebarang risalah yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, mohon hantar ke Masjid Al-Wajdi, Bukit Selambau untuk dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya akan disimpan didalam perigi yang disediakan secara percuma atau terpulang kepada tuan-tuan untuk memberi sedikit sumbangan diatas proses pembakaran.Sila hubungi Hj Romlee No.0134855047. Terima kasih.