Blogger Templates

Friday 23 December 2011

Kelebihan Surah Yasin




Hari ni terdetik di hati cik puyu nak bercerita pasal surah Yasin.Seperti yang anda semua sedia maklum,surah Yasin ni selalunya akan dibaca pada setiap malam Jumaat.Tapi dekat sini cik puyu nak kongsi beberapa kisah yang cik puyu pernah dengar tentang surah Yasin ni.

Masa dekat sekolah dulu,ada seorang cikgu cik puyu pernah cerita tentang kelebihan surah Yasin ni.Ada seorang pelajar tu  tersilap hantar kertas jawapan masa SPM.Kalau tak silap cik puyu,kertas rumusan subjek BM.Dia terbagi yang salah.Maksudnya yang dia tulis biasa2.Dia dah salin balik tapi nak buat macam mana,terbagi yang salah.Apa lagi,menangis tak terkata la pelajar tu.Yelah,tersilap hantar waktu peperiksaan sebenar.Kalau,percubaan tu tak apa lagi la.Nak dijadikan cerita,pelajar tu pun baca la Yasin tak berhenti2.Dan alhamdulillah,dia dapat A untuk subjek tu.Bayangkan betapa hebatnya surah Yasin ni.Yelah,ni juga merupakan pertolongan dari Allah dan mungkin juga rezeki dia.

Kalau kisah cik puyu sendiri,cik puyu ni bukanlah dari golongan pelajar2 yang top di sekolah dulu.Biasa2 je.Tapi,semenjak pengetua sekolah bersara dan digantikan dengan pengetua baru,memang banyak la perubahan yang dia buat.Antaranya pelajar asrama(cik puyu pelajar asrama) diwajibkan membaca Yasin setiap kali selepas solat Maghrib.Dan perkara ni cik puyu teruskan sampai la nak ambik SPM.Boleh dikatakan yang cik puyu ni memang la malas nak study.Dekat2 nak peperiksaan yang betul tu baru la nak pulun habis2an.Tapi alhamdulillah,keputusan cik puyu agak baik walaupun tak cemerlang.=)Tapi,sebelum tu kena la yakin dengan apa yang kita buat dan usaha tu penting juga.Kalau setakat baca Yasin tapi tak usaha tak ada makna juga.Cik puyu ucapkan terima kasih dekat pengetua cik puyu tu sebab berikan tips yang amat berguna.

Ok,dekat sini cik puyu nak kongsi kelebihan2 lain mengenai surah Yasin ni.

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yasin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
2. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
3. Jika terpenjara akan dibebaskan.
4. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
5. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
6. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
7. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
9. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati
al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
10. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
11. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
12. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Harap anda semua dapat amalkan surah Yasin ni ok.


Monday 19 December 2011

Apabila hati terasa kosong.....


Hari ni baru cik puyu berkesempatan nak update blog ni.Yelah,cik puyu agak sibuk kebelakangan ni(sibuk la sangat kan).Erm,sebenarnya cik puyu ada benda nak share dengan pembaca2 yang sudi masuk ke blog cik puyu ni.Thanks ya..

Beberapa hari ni cik puyu rasa macam hati cik puyu rasa kosong sangat.Tak tahu la kenapa.Nak kata bosan tu ada la juga.Yelah,roomate cik puyu balik kampung.So,cik puyu tak ada la teman berborak sangat.Cik yaya pulak duduk dekat rumah lain.Dan semalam cik puyu rasa macam tertekan sangat.Tak tahu kenapa.Hati cik puyu rasa sedih.Mungkin sedih sebab teringatkan kampung.Mungkin juga tertekan dengan final exam yang akan menjelma tak lama lagi.Atau juga mungkin sebab seseorang.

Then cik puyu terbaca 1 novel cinta yang agak islamik.Masa tu cik puyu rasa sedih.Ya,cik puyu akui yang cik puyu ada teringat seseorang sejak kebelakangan.Cik puyu rasa sedih sebab cik puyu rasa dia tak ingatkan cik puyu macam mana cik puyu ingatkan dia.What nonsense???Sebelum ni cik puyu tak pernah rasa macam ni.Entah la.Tapi bila cik puyu baca jer cerpen tu hati cik puyu rasa lagi sedih.Kenapa?

Cik puyu rasa berdosa sangat dengan Allah.Cik puyu dah melanggar prinsip cik puyu sendiri.Cik puyu dah berjanji yang cik puyu tak akan bercinta sebelum berkahwin.Iya,memang cik puyu tak bercinta dengan dia.Tapi ingatan cik puyu yang selalu ingat dekat dia tu membuatkan cik puyu rasa berdosa sangat.Cik puyu mengingatkan seseorang yang bukan mahram cik puyu.Ya Allah berdosanya cik puyu.Yelah,selama ni cik puyu selalu cakap dengan kawan baik cik puyu tentang cinta sebelum kahwin yang selalu cik puyu tentang.Ye,cik puyu akui yang cik puyu juga seorang manusia yang tak sempurna yang diciptakan oleh Allah dan memerlukan kasih sayang.

Bila cik puyu muhasabah diri cik puyu,barula cik puyu perasaan yang cik puyu ni dah lalai sebenarnya.Lalai tentang hukum agama.Astarfirullahalazim.Ya Allah,ampuni dosa hambamu ini.Patut la cik puyu rasa jiwa cik puyu kosong,tak tenteram dan rasa macam ada sesuatu yang hilang.Malam tu juga cik puyu buat solat sunat.Minta petunjuk dari Allah.Alhamdulillah.Cik puyu dah rasa tenang sikit hari ni.Berkenaan dengan 'dia' itu,cik puyu serahkan saja pada Allah.Dia lebih mengetahui segalanya.Kalau ada jodoh adalah.Cik puyu nak buang 'dia' jauh2 dari ingatan cik puyu.Cik puyu takut Pemilik cik puyu marah.Cik puyu nak mencintai Pemilik cik puyu dulu sebelum mencintai orang lain.Dan cik puyu harap tuan cik puyu,iaitu tuan punya tulang rusuk yang Allah ambil dan ciptakan menjadi yang bernama cik puyu juga seorang yang taat kepada-Nya.

Cik puyu rasa malu sangat dengan Allah.Yelah,time kita perlukan Dia baru kita mencari-Nya.Tapi waktu kita senang?Ada kita ingat Dia?Tak kan.Itulah lumrah manusia.Tapi Allah itu maha penyayang.Dia juga maha pengampun.Kita kenalah ingat yang Allah tu tak pernah melupakan kita.Sama ada waktu kita senang ataupun kita susah.Cuma kita saja yang ingat pada-Nya atau tidak.Kadang-kadang Allah tak berikan apa yang kita minta tapi Dia beri apa yang kita perlukan.Jadi kita kenalah rasa bersyukur dengan apa yang kita pada hari ni.Kesihatan,iman,kesenangan dan sebagainya.Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Jadi sebelum cik puyu undur diri cik puyu minta maaf ya kalau ada sesiapa yang mengenai cik puyu yang ada terguris hati dengan cik puyu.Takut juga cik puyu kalau ada yang sakit hati dengan cik puyu.Yelah,selain menjaga hubungan dengan Allah,perhubungan sesama manusia perlu juga kita jaga.Iya tak?Oklah.Cik puyu rasa sampai sini dulu.Sebelum tu cik puyu nak ingatkan dekat kawan-kawan agar jangan lupa baca Al-Quran ok.Sebab Al-Quran tu adalah nur yang akan menerangi hati kita.Ok.Assalamualaikum.......

Tuesday 15 November 2011

Panas baran


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Kita pasti pernah mempunyai rasa marah bukan?Marah sebenarnya apabila kena pada tempat ia akan menjadi terpuji tetapi marah kalau tidak kena tempat itu adalah keji.Apakah perbezaan panas baran dengan tegas?Perlukah kita ada rasa marah dalam jiwa?Saya akan cuba huraikan sebaik mungkin berkenaan isu ini.
Pernah suatu ketika dahulu Abu Darda' bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang apakah amalan yang boleh membawa aku untuk masuk ke syurga.
Rasulullah S.A.W menjawab, "Jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu, jaga kemarahanmu." Rasulullah mengulang pesanan ini sebanyak tiga kali. Jadi jelas kepada kita semua bahawa kita perlu mengawal sifat marah.Perlulah kita semua mengisi hati kita dengan dua benda iaitu Iman dan kasih sayang. Jika tiada kasih sayang dalam hati kita, tidak mustahil akan timbul kebencian.
Contoh kebencian yang wujud itu ialah marah. Marah ini boleh jita ibaratkan sebagai bola bagai syaitan, boleh disepak terajang oleh mereka.
Sesungguhnya marah itu datang dari syaitan, dan syaitan itu dari api.Apa yang boleh memadamkan api? Air bukan?Jadi salah satu cara hendak memadamkan api kemarahan ini ialah dengan wuduk dan zikir. Ada juga amalan-amalan lain yang disarankan seperti mengamalkan ayat dalam surah At-Taubah ayat 129 dan surah al-Baqarah ayat 88.
Jadilah kita antara orang-orang yang bijak, kerana orang yang bijak ini adalah orang yang pandai mengawal kemarahannya.Kita perlu "mengotakkan" fikiran kita antara kerja, rumah, tanggungjawab dan sebagainya. Jangan jadikan anasir luar mengubah bentuk dan kehidupan asal kita.
Ada suatu kisah seorang isteri yang amat tertekan dengan suaminya yang panas baran.Pantang silap sikit disepak terajang isterinya. Dan si isteri yang penyabar ini berusaha dengan berdoa dan memohon kepada Allah disertakan solat hajat selama 40 hari.

Dua benda yang dipohon olehnya iaitu agar diberi kekuatan untuk menegur suami dan dilembutkan hati suami.Apa yang terjadi, si isteri ini berjaya menegur suaminya hinggakan suaminya mengalirkan air mata. Subhanallah. Sesungguhnya hati manusia ini milik Allah, dan janganlah kita lupa serta leka dari memohon kepada-Nya.Moga-moga ujian yang diberikan kepada kita menjadikan kita lebih dekat kepada Allah. Semua manusia diuji.
Cucu Rasulullah S.A.W iaitu Husin juga diuji. Kita dapat lihat betapa sabarnya beliau ketika dimaki, dicaci oleh penduduk kampung ketika berjalan seorang diri. Beliau hanya diam mendengar cacian mereka. Bayangkan betapa sabarnya Husin ini.
Jika kita melaluinya, bagaimana?Orang mengutuk kita, mencaci dan mengejek kita, masih mampukah kita tersenyum dan berdiam diri?Tepuk dada, tanya iman. Kadang-kadang kalau bukan tangan yang menghayun ke pipi, kaki yang terajang dahulu bukan?Sama-samalah kita cuba tanamkan sifat sabar dalam diri kita, Insya-Allah, dengan kesungguhan kita untuk berubah, Allah mempermudahkannya.
Jika ada di antara kita ini ada sifat panas baran, marilah sama-sama kita mengubatinya, agar sekeping hati yang kita miliki itu adalah hati yang bersih dan suci. Dan dengan hati yang suci ini, kita mampu menyampaikan dakwah Islam dengan baik.
Moga bicara dibibir kita ini adalah bicara yang mampu membangunkan umat Islam dan bukan memusnahkan kerana jika bicara kita jernih bak air zam-zam, maka jernihlah ia.
Tetapi jika keruh bak kopi, maka keruhlah segalanya. Berwaspada terhadap bicara kita kerana sebaik-baik bicara adalah bicara yang sentiasa mengingati Allah.

credit to : IluvIslam

Kelebihan Ayatul Kursi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"In the name of Allah the most compassionate the most compassioner"


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  •          Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  •          Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan(sakit santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol ,kecurian mahu kena pembuli jalanan.
dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya. Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihanNya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

credit to: psittacula.wordpress

Menginstallkan iman akibat Virus merah jambu


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat 'hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Menomborsatukan cinta pada sesama manusia, dan menomborduakan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka filedakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

credit to:i  luv Islam

Saturday 5 November 2011

TAPAK PELUPUSAN AL-QURAN AL-WAJDI

Kepada semua AJK Masjid dan Surau serta orang perseorangan yang mempunyai Al-Quran lama, buruk atau sebarang risalah yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, mohon hantar ke Masjid Al-Wajdi, Bukit Selambau untuk dilupuskan dengan cara dibakar dan abunya akan disimpan didalam perigi yang disediakan secara percuma atau terpulang kepada tuan-tuan untuk memberi sedikit sumbangan diatas proses pembakaran.Sila hubungi Hj Romlee No.0134855047. Terima kasih.

Sunday 23 October 2011

Three Questions

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"In the name of Allah the most compassionate the most compassioner"


There was a young man who went overseas to study for a quite long time.When he returned, he asked his parents to find him a religous scholar or any expert who could answer his 3 questions.Finally his parents were able to find a Muslim scholar.

Young man:Who are you?
Scholar:I am one of Allah's s.w.t slaves, and InsyaAllah(God willing),I will able to answer your questions.
Young man:Are you sure?A lot of  professor and expert were able to answer my questions.
Scholar:I will try my best, with the help of Allah s.w.t
Young man:I have 3 questions:
Question 1:Does God exist?If so, show me the shape.
Question 2:What is Taqdeer(fate)?
Question 3:If syaitan (devil) was created from the fire,why at the end he will be thrown to hell that is also created from fire?it certainlywill not hurt him at all, since syaitan and the hell were created from fire.

Suddenly the scholar slap the young man's face very hard.

Young man:(Felt pain)Why do you angry at me?
Scholar:I am not angry.The slap is my answer to your questions.
Young man:I reallt dont understand.
Scholar:How do you feel after I slap you?
Young man:Of course I felt pain.
Scholar:So do you believe that pain is exist?
Young man:Yes.
Scholar:So, show me the shape of pain!
Young man:I cannot.
Scholar:That is my first answer.All of us feel God's existence without being able to see His shape....Last night did you dream that you will be slapped by me?
Young man:No.
Scholar:Did you ever think taht you will get a slap from me today?
Young man:No.
Scholar:That is Taqdeer(fate) my second answer....my hand that I used to slap you, what is it created from?
Young man:It  is created from flesh.
Scholar:What about your face, what is it created from?
Young man:Flesh.
Scholar:How do you feel after i slapped you?
Young man:In pain.
Scholar:That's it.This is my third answer, eventhough syaitan(devil) and also the hell were created from the fire, if Allah wants, the hell will become a very painful place for syaitan.




Allah said "If you are ashamed of me, I will ashamed of you"

Kelebihan surah Al-Kautsar


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang





  • Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Mekah dan bermaksud sungai di syurga.
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.
  • Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
  • Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
  • Jika dibaca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di bahagian leher.InsyaAllah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  • jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x.Mudah-mudahan Allah s.w.t berikan ilham di mana letaknya sihir itu.
  • Jika dibaca sebanyak 1000x, InsyaAllah bertambah rezeki.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia ridak bersalah tetapi dizalimi.

Saturday 15 October 2011

Cinta Islamik?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
''tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

credit to:iluvIslam

Friday 14 October 2011

Adab-adab makan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




1- Mulakan dengan Bismillah

وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح

Dari ‘Aisyah .a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (hari Abu Dawud dan atTirmidzi.)



2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)

وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم

Dari Salamah bin al-Akwa’ .a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (hari Muslim)

عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم

Dari Jabir .a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (hari Muslim)



3- Makan yang berhampiran.

عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه

Dari Umar bin Abi Salamah .a. berkata. Aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (hari Bukhari dan Muslim)



4- Galakan guna tiga jari

عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم

Dari Ka’ab bin Malik .a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (hari Muslim)



5- Larangan mencela makanan

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه

Dari Abu Hurairah .a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (hari Bukhari dan Muslim)



6- Tidak bersandar ketika makan

عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري

Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah .a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (hari Bukhari)



7- Kutip makanan yang terjatuh.

وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم

Dari Jabir .a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (hari Muslim)



8- Mula makan dari tepi (pinggir)

وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ

Dari Ibn Abbas .a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (hari Abu Dawud dan Tirmidzi)



9- Jilat jari setelah selesai

عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه

Dari Ibn Abbas .a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari
 sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (hari Bukhari dan Muslim)



10- Doa setelah selesai makan

عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا

(رواه البخاري.

Dari Abi Umamah .a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa lah muwaddi’in. wa lah mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (hari Bukhari)

وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ

Dari Muad bin Anas .a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa lah quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (hari Tirmidzi)

(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)



credit to:musafir ilmu

Sahabat yang baik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


  • Sahabat yang suka melindungi sahabatnya.
  • Dia ialah hiasan diri kita.
  • Sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuan, dia suka menerima dengan rasa terharu.
  • Jika dia melihat akan kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menhitung-hitung(menyebutnya) dan jika dia mengetahui keburukanmu dia akan menutupinya.
  • Jika engkau diam,dia akan mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu


Kelebihan Bismillahirahmanirahim


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang




Kalimat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM........... adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah
dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka: 1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.

Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM pada saat akan melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan membuka almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan menaruh
emas tersebut dengan mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut. Lalu ia kembali kerumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.

Melihat emas tersebut basah sang isteripun menjadi bingung dan bertanya
kepada suaminya, lalu sang suamipun bersujud dan beristighfar dan setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya, yaitu:

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM ketika kita akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita bisa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM adalah lebih untuk kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari olehnya sendiri(wanita tersebut) bahwa dia telah melakukan hubungan fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita peroleh dari mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari, Amin.



credit to:musafir ilmu

Tips doa yang dimakbulkan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



  • Berdoa dengan sepenuh hati dan merendah diri kepada Allah s.w.t
  • Memuji-muji Allah s.w.t
  • Sentiasa beramal soleh dan menjauhi maksiat dan perbuatan yang dilarang
  • Beristigfar iaitu memohon keampuan secara bersungguh-sungguh
  • Jangan lupa berdoa kepada insan yang paling besar haknya atas kita seperti ibu bapa dan suami
  • Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada awal dan akhir doa
  • Berdoa pada waktu sepertiga malam
  • Berdoa ketika sujud
  • Beristiqamah
  • Yakin


Salam perkenalan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Blog ini saya cipta untuk berkongsi cerita, pengalaman, tips dan sebagainya mengenai Islam...Diharap apa yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada pembaca.... dan apa yang salah itu sila tegur kerana saya juga hanya manusia biasa yang tidak sempurna......wassalam....